Tanda Isteri Puas Berjima’

Adalah agak sukar untuk anda tentukan sama ada isteri anda puas atau sebaliknya apabila anda melakukan jima’ bersamanya. Tidak ramai suami yang tahu sama ada isterinya puashati dengan prestasinya. Jika si suami bertanya kepada isterinya, mungkin isteri tidak akan menyatakan hal yang sebenar kerana ramai wanita cenderung untuk berbohong mengenai emosi mereka dan mengenai apa yang mereka fikirkan.

Sebahagian isteri pula berpura-pura inzal (orgasma), mungkin agar suaminya tidak rasa rendah diri, atau mungkin juga kerana mereka mahu agar jima’ itu diselesaikan segera akibat keseronokan yang rendah.

Terdapat beberapa pedoman untuk mengetahui sama ada isteri anda benar-benar puas atau sebaliknya:

1) Jika isteri menyatakannya dengan spontan tanpa perlu anda bertanya, atau menyatakannya ketika jima’ itu berlangsung. Sebenarnya amat sukar untuk mendapat pujian dari pihak isteri terutamanya mengenai prestasi di ranjang tanpa bertanya padanya. Tapi jika dia menyatakannya tanpa diminta, itu tandanya isteri merasa puas.

2) Jima’ yang memuaskan akan menyebabkan isteri tidak menolak untuk jima’ di masa akan datang, malah dia sendiri akan mengajak suami untuk berjima’ lebih kerap. Jika jima’ itu tidak memuaskan, maka isteri mungkin akan merasa bosan, atau menganggap jima’ itu sesuatu yang menyukarkan dan menyakitkan, dan akan menolak untuk berjima’.

3) Wajah isteri tidak mampu menyembunyikan perasaan hatinya. Jika isteri anda puas bila berjima’, anda akan dapat lihat mukanya tenang dan puas tapi jika dia tidak puas, anda akan lihat wajah yang terganggu, atau wajah yang kosong.

Semoga dengan mengetahui hal ini, suami akan dapat menentukan prestasinya sendiri ketika menjima’ isteri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: