Tanda Isteri Mahu Berjima’

Biasanya seseorang suami yang baru berkahwin tidak dapat menentukan sama ada isterinya sudah bersedia untuk berjima’ ataupun sebaliknya. Jika suami mendatangi isteri pada ketika yang salah atau tidak sesuai, ia akan berakhir dengan penolakan yang berterusan dan isteri mungkin akan menganggap suaminya gelojoh. Kerana itulah para suami perlu tahu bilakah masa yang paling sesuai untuk menjima’ isteri. Terdapat beberapa tanda yang jelas iaitu:

1) Isteri akan menjilat-jilat bibirnya sendiri bila anda sedang bercakap-cakap atau sedang merayunya. Ini adalah antara tanda yang paling kuat, menunjukkan bahawa isteri mahukan belaian yang lebih dari semata-mata perbualan dan pujuk rayu. Bila isteri kerap membasahkan bibirnya, maka itu tandanya dia mahu dicium dan dibelai seterusnya.

2) Isteri memulakan perbualan tentang seks kepada suaminya. Ini tandanya dia bersedia untuk melakukannya. Seseorang isteri tidak mudah mahu memulakan perbincangan mengenai seks, tapi bila dia yang memulakannya, maknanya dia mahu suami membelainya dan meneruskan dengan jima’.

3) Isteri akan banyak memegang dan membelai suami dan tidak menolak bila suami memegang dan membelainya. Isteri akan merasa selesa bersama suaminya bila dia bersedia untuk jima’. Isteri akan membuka semua pintu-pintu nafsunya dan bersedia serta mahu anda membelainya dengan lebih berkesan dan menciumnya, hingga menjima’nya.

Semoga tanda-tanda ini akan membantu para suami untuk melakukan jima’ sesuai dengan kehendak isteri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: